Khamis, 15 Ogos 2013

CUBA KAU LIHAT DIRIMU DAHULU










wahai manusia...
engkau menginginkan supaya manusia lain menghormatimu..
tetapi adakah engkau sudah cukup usaha menghormati manusia yang lain?

engkau mengharapkan penerimaan dari manusia yang lain..
tetapi adakah engkau sudah cukup banyak memberi?

engkau mengatakan tidak suka diumpat..
tetapi adakah kau sudah cukup usaha berhenti mengumpat?

engkau sering mengeluh tika diberi musibah..
tetapi pernahkah engkau merenung sejenak akan dosa-dosa mu?
pernahkah juga engkau terfikir bagaimana reaksimu ketika diberikan ALLAH suatu nikmat?

engkau seringkali menginginkan sesuatu yang lebih dari apa yang ada..
tetapi pernahkah engkau memikirkan akan bakalnya kehilangan apa yang engkau ada?

engkau seringkali iri hati dengan kelebihan orang lain..
tetapi pernahkah engkau iri hati dengan manusia yang lebih banyak beribadat daripada mu?

ingatlah wahai manusia..
kadangkala..musibah yang hadir..adalah suatu sentuhan kasih sayang dari ALLAH buat kita yang pelupa,leka lagi lalai serta alpa..
maka jangan ditunggu..terus berwudhuk dan memohon keampunan kepada YANG ESA..

~ " boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk dirimu...dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk buat mu..ALLAH mengetahui..sedangkan kamu pula tidak mengetahui " ~
Al-Baqarah; 216


Isnin, 5 Ogos 2013

Adakah Kau Sedar







assalamualaikum..

adakah kita sedar..
ramadhan yang menjadi bulan mendidik jiwa..
juga bulan yang digandakan amal ibadah..
sudah hampir sampai ke penghujungnya..

adakah kita sedar..
apakah kita menjadi orang yang berjaya pada ramadhan kali ini..
ataupun sama sahaja juga tiada beza dengan sebelumnya..
jika sama..
maka rugilah kita..
celakalah kita..
renungkanlah hadis ini..

Diceritakan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, ”Sungguh celaka seseorang yang mendengar namaku disebut, tetapi ia tidak mengucapkan salam kepadaku. Sungguh celaka seseorang yang mendapat bulan Ramadan, dan ia pun keluar (dari bulan suci tersebut) sementara dosanya masih belum diampuni oleh Allah SWT. 

adakah kita sedar..
dengan berakhirnya ramadhan..
maka iblis laknatullah dan sekutunya akan di buka "gari" mereka..
maka..
adakah kita akan kembali kepada menyembah mereka..
dengan melakukan segala maksiat yg kita kunci selama ramadhan..
ataupon penentang secara keras kepada mereka..

ingatlah sepotong hadis yang akan ku sampaikan kepadamu wahai pembaca..

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)



adakah kita sedar..
sesungguhnya ALLAH SWT itu memberikan penawaran yang hebat pada bulan ini..
maka..
gunakanlah masa yang semakin suntuk ini..
dengan terus-terusan beribadah kepadaNYA..
semoga kita semua beroleh natijah yang terbaik pada ramadhan kali ini..
semoga juga kita istiqamah pada amalan-amalan yang telah kita lakukan di bulan ini..

Wallahua3lam..





Sabtu, 27 Julai 2013

WARKAH BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT




wahai si pelaku maksiat...
janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..
sesungguhnya dirimu amat berharga..
biarkan seluruh mata memandangmu dengan hina..
pekakkan segala cacian dan makian keji terhadapmu..
sesungguhnya syurga dan neraka bukanlah diletakkan ditangan mereka..
namun terletaknya pada tuhan yang maha pengasih..
juga terletaknya pada yg maha pengampun..

wahai si hamba yang berasa mulia..
jangan kau merasa diri mu begitu suci..
tanpa sebarang aib yang ada pada mu..
ingatlah, bukanlah kerana dirimu tiada aib..
namun ALLAH lah tuhan yang menutup aib mu..
jnganlah kau membenci akan sipelaku maksiat..
namun cukuplah dengan membenci akan perbuatannya..
janganlah kamu membuatkan mereka berasa berputus asa dari rahmat allah..
kelak engkau akan dipersoal..
engkau bukan tuhan dan tidak layak menghina mereka..

wahai para daie..
bimbinglah dua golongan ini dengan hikmah..
jangan dihukum dan dicaci golongan pertama disebabkan maksiat..
sebaiknya rapati lah mereka..
dekatilah mereka..
mereka memerlukan seorang pembimbing..
yang boleh membawa mereka keluar dari gelumang dosa dan noda..
berikan mereka peluang..
jangan dikeji dosa yang lampau..

wahai para daie..
janganlah dibiarkan pula golongan kedua tanpa sebarang nasihat..
risau riak dan ujub terbit dari hati mereka..
sehingga mereka merasa diri mereka tidak layak ditegur dan dinasihati..
dekatilah,rapatilah..
ikatkanlah hati mereka dengan kesedaran..
bahawa kita adalah hamba..
yang hanya menumpang sementara hidup didunia..
dan masih ada yang berkuasa di atas sana..

wahai muslimin dan muslimat..
ingatlah..tugas menyampaikan agama ALLAH tidak memilih bulu..
darjat,pangkat dan juga harta..
semoga syurga tempat tujuan terakhir kita yang akan dipertempatkan..

"Katakanlah (wahai Muhammad): ""Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Az-Zumar - ayat 53

~muhasabah diri~

Rabu, 1 Ogos 2012

Alif Ba' Ta'


Assalamualaikum wbt..alhamdulillah..kita skrg berada dbln ramadhan yg mulia lagi berkat ini..mari lah kita bersama2 mngucpkan rasa syukur kita kpada Allah SWT krana masih lgi diberikan nikmat iman dan islam..krna dgn rhmatnya juga..kita diberikan pluang untuk mengerjakan ibadah puasa pada ramadhan kali ini..


Ramadhan ini,di knali dgn pelbagai2 nama..antaranya..syahrul ibadah..yg mmbawa maksud..bulan ibadah.


Mengapa dinamakan bulan ibadah?
Ini kerana..setiap amalan kita dalam bulan ini..akan dilipatgandakan pahalanya..sbgai cnth..amalan wajib..dilipatgandakan 70 kali ganda..adapon amalan sunat dilipatgandakan sama dgn amalan wajib tyme bkn bln ramadhan..
wallahua'lam.


Juga dikenali sbgai syahrut tarbiah..iaitu bulan tarbiah ataupon bulan mendidik jiwa..


Bagaimana ramadhan ini mendidik jiwa kita?
sbgai mana kita maklum..rukun islam yg 5..semuanya menyuruh kita membuat..cnth..mendirikan solat..mengerjakan haji..membayar zakat..namun..yg special dlm ramadhan ini..kita x disuruh kerjakan apa2..hanya disuruh tahan shaja..tahan dri apa?dri segala rasa nak wat maksiat..


Jika kita lihat..pada bulan pose ni la..ramai jadi baik..walawpon yg xbaik pon ramai jugak bulan2 pose ni..xpe la..biarkan org yg nak buat baik ni..buat baik..jgn plak nak kondem org yg nak buat baik tu..ada yg sesetgah tu..siap kata lagi.."aik?pakai tudung?blan lain xpakai pon.." dh nak wat cmna..org wt jahat pon ada musim..xkan nk wt baik xda musim..apa2 pon lantak la org lain nk kata apa..semoga dgn perbuatan baik di bln ramadha yg mulia ni..dpt menjdi titik tolak padanya untk mlakukan lagi kebaikan pada masa yg akan dtg. Dan ini lah yg dikatakan tarbiah ramadhan sekiranya perbuatan baik tersbut trus menerus dilakukan slpas bln ini..


bertadarus juga dapat memantapkan lagi bacaan..


Ramadhan juga dknali sbagai syahrul quran..iaitu bulan al-quran..sebagai yg sedia maklum..al-quran itu diturunkan pada bulan ramadhan..


Amatlah rugi pada bln ini..jika kita xmmbaca quran..dlm bln ni lah..hati kita spatutnya lbih terasa nak mmbaca quran..lebih terasa nak mndalami terjemahan al-quran..lbih terasa nak tadabbur pada al-quran tuh..jadi..macmna plak kita xda rasa nak baca langsung al-quran tuh?macamna kita nak labelkan diri kita ni beriman sdgkan xtrasa or x tdetik langsung niat dihati nak mmbaca al-quran pada bln yg mulia lagi berkat ini?renung2kanlah wahai para pmbaca..


Dlm bulan ramadhan ini juga..ramai yg tadarus al-quran..alhamdulillah..ini adalah satu peningkatan terhadap diri didalam proses mencintai al-quran..alhamdulillah.


Namun begitu..baca lah alquran itu secara tartil..iaitu..dgn menunaikan hak2 yg ada dlm kalimah ataupon ayat al-quran itu..macmna plak hak2 itu ye?hak2 itu ialah hak dri segi hukum tajwidnya..yg dengung..kita dengungkan..yg jelas..kita jelaskan..slain itu..hak yg perlu di tunaikan dalam al-quran itu..adalah..hak huruf itu sendiri..iaitu makhraj huruf..atawpon tempat kluar huruf..yg mana huruf yg dri kerongkong..tnaikanlah dri kerongkong..jika dri bibir huruf tsbut..tnaikanlah..dan akhir skli adalah hak sifat huruf..sawdara n sawdari..jgn lah kita sesuka hati menambah2 ayat atawpon huruf yg smmgnya tlh tetap lagi tsabit didalam al-quran..


Jika kita tidak tahu..belajarlah sedikit2..maka..itulah pntingnya kita bertadarus al-quran dgn org2 yg mahir dlm ilmu al-quran ini..supaya bacaan kita dapat disemak oleh mereka..
Maka benarlah firman allah didalam al-quran yg bermaksud..
"tanyalah pada org yg tahu..sekiranya kamu tidak mengetahui" (al-anbiya' ; 7)


tanyalah kepada ahli zikr (pada org yg tahu) sekiranya kamu tidak mengetahui
(al-anbiya'; 7)

gambar sekadar hiasan

Namun begitu..sesetgh org malu apabila ditegur jika bacaanya trdpt bnyk ksalahan..lalu,kompom2 esok dh xde dtg lg untk bertadarus..jgn lah mengikut perasaan tersebut..biarkan ditgur jika ada ksalahan dlm bacaan..slgi boleyh kita ditgur..maka trimalah tguran..jika smpai tahap xley nak dtgur..maka tiada bezalah kita dgn org mati..


Semoga apa yg BA kongsikan pada kali ini..dapat mmberikan manfaat yg berguna khususnya pada BA sndri dan pada para pmbace amnya..


Apa yg baik dtg dri Allah..yg kureng adlh dri BA..berpesan2 pada kebaikan itu lbih baik dri nak tgu dri ini jadi baik dhulu baru nak berpesan2..:)


Wallahua'alam..

Ahad, 22 Julai 2012

ramadhan kareem

Alhamdulillah..para pembaca post kali ini dpat juga akhirnya kita bertemu dgn bulan ramadhan yg mulia ini..

Sesungguhnya..para sahabat terdahulu..apabila ramadhan semakin hampir...maka mereka sgt gembira..adakah kita seperti itu juga?xperlu bgitahu BA..tepuk dada tnyalah iman..

Adakah kita akan berpuasa dgn lbih baik dri puasa kita2 yg terdahulu?semoga kita tidak menjadi org2 yg rugi..

Ade org tny BA..mngapa bulan puasa,walawpon syaitan tlah dirantai..ttpi..masih ade lgi pergai2 syaitan yg wujud pada blan ramadhan..cbe kite renungkan kenapa..

Jwpan BA pda org tsbut..ialah..mudah shaja..apabila diri kita sendri xberkeinginan nak melawan hawa nafsu kita pada bulan ramadhan..maka xmustahil lah perkara2 tsbut terjadi..sesungguhnya puasa itu adalah perisai bgi org yg beriman..puasa adalah suatu senjata or event yg mampu menundukkan nafsu..

Dgan puasa juga..dpt mmbentuk peribadi yg suci lgi murni..baik..berbalik pada soalan td..BA smbg jawapan lg..BA kte..xmustahil jgk perkara2 or prgai2 syaitan tu akan terjdi dbln ramadhan..sbb kita dah ditrendkan selama hampir setahun..so..bila dtgnya bln ramadhan..kita ambik pluang ini untuk pelbanyakkan mengingati allah s.a.w..dgn amalan2 kita seharian di blan ramadhan kali ini..

Semua dan segalanya adalah terplg kepada kita..samada kita nak jadikan ramadhan kita sama cam ramadhan yg lepas2..ataupon lbih baik dri yg lepas2..adalah amat rugi bagi kita jika ramadhan kali ini sma sperti ramadhan yg lepas2 sbb xde improvement...

Semoga amalan kita diterima dan dilipatgandakan pada bilan yg mulia ini..insyaallah...

Salam ramadhan dri BA...

Khamis, 26 Mei 2011

Berselawatlah keatas Nabi


Assalamualaikum

salam imtihan wat semua sahabat2 yg berada di mu'tah,jordan ini dan juga kepada smua para pembaca..:)
post kali ini BA ase ckit j kot..huhuh..ok..sedang BA  dok ber FB..BA tertarik akn suatu link yg mana link tersebut membawa BA kepada suatu blog@word press..kandungan blog tersebut plak adalah mengenai cacian kepada bginda Nabi Muhammad SAW..

dalam blog tersebut mengatakan bahawa Nabi kita itu adalah bernafsu sex yg kuat..kekuatan sehingga mencapai 30 org lelaki..astaghfirullah..selambe j die kate  camtuh..xde adab...dia mengaku yg dia islam..tetapi..bagaimana pula akan hal imannye??kerana dia ni xmengaku bhawa nabi muhamad tuh nabi die??klu ngaku pon..wat pe nak caci2??alquran tuh plak..die kate adalah hasil kerja syaitan yg bagi pada nbi kita..cam klaka pon ade..macam tuduhan yg xberasas..


sedangkan para malaikat pon berselawat keatas nabi..siapa kita yg namanya islam nak mencaci baginda??

geram bercampur dengan perasaan yg sedih dan sayu bila membaca blog tuh..begitu banyak kutukan dia terhadap ISLAM..org yg sedemikian..adalah murtad...sesungguhnya murtad itu boleh terjadi didalam 3 hal...dari segi pengakuan..perbuatan dan percakapan...adapon hukum murtad itu ialah hukuman bunuh..tetapi sebelom tuh..kita hndaklah menasihati org yg murtad ni supaya kembali pada islam sebnyakk  3 kali..
tapi sygnye..di negara kita tidak melaksanakn hukuman seperti ini..dan disebabkan itu juga lah ada individu yg berani mengutuk ISLAM secara terang2an..yg lebih berani lagi bila mngku dirinya bukan islam..

didalam mana2 agama pon..mane ade yg bg org2nye kutuk mngutuk agama lain..islam itu juga bermaksud PEACE..ISLAM hanya menentang KAFIR HARBI sahaja..kafir jenis ni..adalah kafir yg sering menentang ISLAM..kafir jenis ni adalah wajib diperangi

ok..berbalik pada blog@wordpress tuh..adakah dalam diri si penulis tersebut tuh xde sikit pon perasaan takut??takut pada tuhan yg menciptakannya??apakah dia tidak mengambil iktibar dari azab umat terdahulu??
kalu pon dia tidak membaca alquran tuh..tpi.secara logik pon die boleh pk..dalam quran tuh sendiri xde bercanggah satu ayt pon??plik dgn org2 yg jenis camni..mengaku islam..etapi secara terang2an mncaci dan menghina nabi Muhammad SAW..teruk pada munafik lagi...

semoga Allah memberikan penulis tersebut hidayah..dan penulis tersebut menyesali ape yg dia lakukan...sesungguhnya hidayah allah itu tidak mengenal sesiapa...


''sesungguhnya..tidaklah aku(muhammad) di utuskan kepada kamu..melainkan membawa rahmat sekalian alam''(al-anbiya':107)

wallahua'lam

assalamualaikum..


Ahad, 22 Mei 2011

pemimpin


Assalamualaikum wbt

apa khbar smua??harap chat2 sahaja dsisi org yg tersayang..:) lme dah BA xpost kt blog ni..bnyk sawang2 dah ni..huhuhu..

ok..artikel kali ni..sahaja BA kongsikan tentang perihal yg berlaku kt tmpt yg BA stdy ni..pada 4 june yg akn dtg..akan berlangsungnye pilihanraya di tempat BA ni iaitu..Mu'tah, Jordan..

pilihanraya ini diadakan untuk menentukan siapakah yg layak memegang jawatan di dalam organisasi Persatuan mahasiswa Mutah ...yg mna lbih dknali sbgi PERMATA..

kehgatan pilihanraya tersebut smkin terasa..kempen2 mula dilakukan di laman sosial Facebook, yg mna mempunyai blog..mka akn di kempen org yg dsokongnye di blog masing2...strategi2 pon mula di orak bg meraih undi..

suke juga rasenye BA nk memperkongsikan serba sdikit cerita atau pon nasihat2 kepada para pmbaca yg dikasihi sekaliann..:)


pemimpinlah yang mencorakkan sesebuah organisasi...

sesungguhnya,pemilihan seseorang pemimpin itu adalah sgt sukar..lbih sukar dari mencari kacang didalam peket kropok Al-Farees (antara kropok yg BA suke mkn kat cni..hihi) sesungguhnya...Islam telah menggariskan satu garis pnduan didalam memilih seseorang pemimpin..antara kriteria2 yg digariskan didalam Islam ialah.


  1. Berakidah yang bersih 
  2. Tahu batas halal dan haram 
  3. Mampu menegakkan selalu amar makruh dan nahi mungkar dalam setiap kesempatan. Sebab sebagai penguasa, di tangannya ada kekuatan. Bila tidak dimanfaatkannya untuk amar makruf nahi mungkar, maka dia harus bertanggung-jawab di akhirat.
  4. Siap menerima teguran / kritik bila dan dimana saja,
  5. Juga tidak mengedepankn anak buah bila menghadapi masalah, tetapi secara jantan berhadapan masalah yg datang..
  6. Cinta kepada ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan ilmu nya
  7. Bersikap adil kepada semua...bukan sahaja terhadap penyokong / pengundinya sahaja..malahan kepada smua yg berada didalam ruang lingkup pemerintahannya..
  8. Bersikap tegas.
  9. Memanfaatkan jabatannya ini untuk ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukan untuk nama..
  10. bersedia menerima idea2 yg dilontarkan oleh ahli ataupon org yg dibawah kekuasaannya


ini adalah diantara kriteria2 yg perlu para pengundi ambil kira ketika hendak memilih seseorg pemimpin..bukan di atas dasr kesenangan diri sendri...

adapon selepas itu..kita hndaklah mnerima siapa sahaja yg menang ataupon yg terpilih slepas pilihanraya tersebut..kerana..ia adalah pilihan dri suara ramai..:) dan bgilah skongn sepenuhnya selagi dia tidak melanggar hukum syarak..

last skali..mari kita lihat ayt di bawah ini dan renungkan...

maksud ayat dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68berikut ;"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "Dalam ayat ini Allah menjelaskan tentang balasan yang diterima oleh golongan manusia yang salah pilih

semoga apa yg dikongsikan pada post BA kali ini dapat memberikan manfaat kpada para pembaca




Selamat mengundi kepada mahasiswa Malaysia di Mu'tah, Jordan..

wallahua'lam

Assalamualaikum wbt.