Khamis, 17 Mac 2011

ASBABUN NUZUL

Didalam mengharungi kehidupan yang kian membangun dan semakin maju. Teringat akan BA tentang suatu masalah berkenaan dengan asbabun nuzul (sebab penurunan ayat) yg pernh diutarakan kepada BA oleh seorang sahabat. Katanya terdapat pandangan yang mengatakan bahawa tidak perlu mengetahui akan perkara ini dan tiada hubung kait dengan ilmu tentang Al-Quran..kewujudannya kurang dapat perhatian dalam perkembgan sejarah dan bukan merupakan keperluan yg asas bg org yg berminat menafsirkan al-Quran. Bagi BA, perkara ini  adalah sangat penting bagi memahami isi kandungan yang terkandung didalam Al-quran,,:) Bagaimana hendak menafsirkan ayat al-quran tanpa mengetahui sebab penurunannya??

Disini ingin rasanya BA berkongsi dengan para pembaca mengenai tajuk ini..kerana terpanggil dengan suatu hadis yg menyuruh kita menyampaikan sesuatu walau pun sepotong ayat..

Sebelum masuk kepada tajuk ini, teringat pula akn BA tentang kisah Imam syafie yang melarang anak muridnya dari memaki hamun seorang yahudi yang tua yang berpakaian compang -camping ketika melalui sebuah jalan..kata imam syafie kepada anak muridnya: janganlah engkau memaki hamun orang tua tersebut kerana ia adalah guruku"..terkejut dengan jawapan Imam syafie..lantas anak murdnya bertanya: "apakah yang diajarkan kepada engkau wahai guruku?" "dia pernah mengajarku membezakan antara anjing jantan dan anjing betina" Wallahu a'alam..

Apakah kesinambungan antara hadis tersebut dan cerita ini??BA tinggalkan ia kepada pembaca untuk menjawabnya..

Pengertian Asbabun nuzul

Sesungguhnya, asbabun nuzul adalah salah satu cabang ilmu didalm ilmu-ilmu al-quran. Kerana, ianya bersangkut paut dengan penurunan al-quran itu sendiri.

Menurut bahasa, asbabun nuzul bererti turunnya ayat-ayat al-Qur’an dari kata “asbab” jamak dari “sababa” yang artinya sebab-sebab, nuzul yang artinya turun. Yang dimaksud disini adalah ayat al-Qur’an. Asbabun nuzul adalah suatu peristiwa yang menyebabkan turunnya ayat-ayat al-Qur’an baik secara langsung atau tidak langsung.

Didalam kitab 'muhadarat fi ulumul quran' karangan Dr.Fadhl Hasan Abbas memberikan makna dari segi istilah yang bagi BA cukup simple dan padat iaitu penurunan satu ayat atau beberapa ayat pada waktu berlakunya waktu kejadian untuk menerangkan atau pun memperjelaskan tentang hukum/kejadian suatu perkara..
Contohnya .Seperti kisah turunnya surat an-Nisa’ :43


 
Saat itu ketika solat seorang Imam yang sedang dalam keadaan mabuk, sehingga salah mengucapkan surat al-Kafirun, surat An-Nisa’ turun dengan perintah untuk menjauhi shalat dalam keadaan mabuk.

Terfikir juga BA tentang pandangan yang mengatakan bahawa asbabunnuzul itu tidak penting..jika tidak penting..pasti kita akn mengatakan bahwa arak itu haram ketika mendekati solat sahaja bukan? Tetapi kenapa kita mengatakan arak itu haram selamanya kecuali ketika darurat..? Hal ini kerana terdapat lagi suatu ayat yang telah memansukhkan ayat ini..BA ingin bertanya sedikit kepada pembaca..adakah asbabunnuzul itu penting ataupun tidak?

BA rasa cukup sekadar pengertian dahulu yang BA sampaikan wat masa ini..:) sekiranya ada masa lagi..BA akan sambung lagi ye..sekadar perkongsian sahaja kepada para pembaca..:)

Wallahu a'alam

Assalamualaikum..:)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan