Khamis, 15 Ogos 2013

CUBA KAU LIHAT DIRIMU DAHULU










wahai manusia...
engkau menginginkan supaya manusia lain menghormatimu..
tetapi adakah engkau sudah cukup usaha menghormati manusia yang lain?

engkau mengharapkan penerimaan dari manusia yang lain..
tetapi adakah engkau sudah cukup banyak memberi?

engkau mengatakan tidak suka diumpat..
tetapi adakah kau sudah cukup usaha berhenti mengumpat?

engkau sering mengeluh tika diberi musibah..
tetapi pernahkah engkau merenung sejenak akan dosa-dosa mu?
pernahkah juga engkau terfikir bagaimana reaksimu ketika diberikan ALLAH suatu nikmat?

engkau seringkali menginginkan sesuatu yang lebih dari apa yang ada..
tetapi pernahkah engkau memikirkan akan bakalnya kehilangan apa yang engkau ada?

engkau seringkali iri hati dengan kelebihan orang lain..
tetapi pernahkah engkau iri hati dengan manusia yang lebih banyak beribadat daripada mu?

ingatlah wahai manusia..
kadangkala..musibah yang hadir..adalah suatu sentuhan kasih sayang dari ALLAH buat kita yang pelupa,leka lagi lalai serta alpa..
maka jangan ditunggu..terus berwudhuk dan memohon keampunan kepada YANG ESA..

~ " boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk dirimu...dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk buat mu..ALLAH mengetahui..sedangkan kamu pula tidak mengetahui " ~
Al-Baqarah; 216


Isnin, 5 Ogos 2013

Adakah Kau Sedar







assalamualaikum..

adakah kita sedar..
ramadhan yang menjadi bulan mendidik jiwa..
juga bulan yang digandakan amal ibadah..
sudah hampir sampai ke penghujungnya..

adakah kita sedar..
apakah kita menjadi orang yang berjaya pada ramadhan kali ini..
ataupun sama sahaja juga tiada beza dengan sebelumnya..
jika sama..
maka rugilah kita..
celakalah kita..
renungkanlah hadis ini..

Diceritakan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, ”Sungguh celaka seseorang yang mendengar namaku disebut, tetapi ia tidak mengucapkan salam kepadaku. Sungguh celaka seseorang yang mendapat bulan Ramadan, dan ia pun keluar (dari bulan suci tersebut) sementara dosanya masih belum diampuni oleh Allah SWT. 

adakah kita sedar..
dengan berakhirnya ramadhan..
maka iblis laknatullah dan sekutunya akan di buka "gari" mereka..
maka..
adakah kita akan kembali kepada menyembah mereka..
dengan melakukan segala maksiat yg kita kunci selama ramadhan..
ataupon penentang secara keras kepada mereka..

ingatlah sepotong hadis yang akan ku sampaikan kepadamu wahai pembaca..

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)



adakah kita sedar..
sesungguhnya ALLAH SWT itu memberikan penawaran yang hebat pada bulan ini..
maka..
gunakanlah masa yang semakin suntuk ini..
dengan terus-terusan beribadah kepadaNYA..
semoga kita semua beroleh natijah yang terbaik pada ramadhan kali ini..
semoga juga kita istiqamah pada amalan-amalan yang telah kita lakukan di bulan ini..

Wallahua3lam..





Sabtu, 27 Julai 2013

WARKAH BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT




wahai si pelaku maksiat...
janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..
sesungguhnya dirimu amat berharga..
biarkan seluruh mata memandangmu dengan hina..
pekakkan segala cacian dan makian keji terhadapmu..
sesungguhnya syurga dan neraka bukanlah diletakkan ditangan mereka..
namun terletaknya pada tuhan yang maha pengasih..
juga terletaknya pada yg maha pengampun..

wahai si hamba yang berasa mulia..
jangan kau merasa diri mu begitu suci..
tanpa sebarang aib yang ada pada mu..
ingatlah, bukanlah kerana dirimu tiada aib..
namun ALLAH lah tuhan yang menutup aib mu..
jnganlah kau membenci akan sipelaku maksiat..
namun cukuplah dengan membenci akan perbuatannya..
janganlah kamu membuatkan mereka berasa berputus asa dari rahmat allah..
kelak engkau akan dipersoal..
engkau bukan tuhan dan tidak layak menghina mereka..

wahai para daie..
bimbinglah dua golongan ini dengan hikmah..
jangan dihukum dan dicaci golongan pertama disebabkan maksiat..
sebaiknya rapati lah mereka..
dekatilah mereka..
mereka memerlukan seorang pembimbing..
yang boleh membawa mereka keluar dari gelumang dosa dan noda..
berikan mereka peluang..
jangan dikeji dosa yang lampau..

wahai para daie..
janganlah dibiarkan pula golongan kedua tanpa sebarang nasihat..
risau riak dan ujub terbit dari hati mereka..
sehingga mereka merasa diri mereka tidak layak ditegur dan dinasihati..
dekatilah,rapatilah..
ikatkanlah hati mereka dengan kesedaran..
bahawa kita adalah hamba..
yang hanya menumpang sementara hidup didunia..
dan masih ada yang berkuasa di atas sana..

wahai muslimin dan muslimat..
ingatlah..tugas menyampaikan agama ALLAH tidak memilih bulu..
darjat,pangkat dan juga harta..
semoga syurga tempat tujuan terakhir kita yang akan dipertempatkan..

"Katakanlah (wahai Muhammad): ""Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Az-Zumar - ayat 53

~muhasabah diri~