Isnin, 5 Ogos 2013

Adakah Kau Sedar







assalamualaikum..

adakah kita sedar..
ramadhan yang menjadi bulan mendidik jiwa..
juga bulan yang digandakan amal ibadah..
sudah hampir sampai ke penghujungnya..

adakah kita sedar..
apakah kita menjadi orang yang berjaya pada ramadhan kali ini..
ataupun sama sahaja juga tiada beza dengan sebelumnya..
jika sama..
maka rugilah kita..
celakalah kita..
renungkanlah hadis ini..

Diceritakan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, ”Sungguh celaka seseorang yang mendengar namaku disebut, tetapi ia tidak mengucapkan salam kepadaku. Sungguh celaka seseorang yang mendapat bulan Ramadan, dan ia pun keluar (dari bulan suci tersebut) sementara dosanya masih belum diampuni oleh Allah SWT. 

adakah kita sedar..
dengan berakhirnya ramadhan..
maka iblis laknatullah dan sekutunya akan di buka "gari" mereka..
maka..
adakah kita akan kembali kepada menyembah mereka..
dengan melakukan segala maksiat yg kita kunci selama ramadhan..
ataupon penentang secara keras kepada mereka..

ingatlah sepotong hadis yang akan ku sampaikan kepadamu wahai pembaca..

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)



adakah kita sedar..
sesungguhnya ALLAH SWT itu memberikan penawaran yang hebat pada bulan ini..
maka..
gunakanlah masa yang semakin suntuk ini..
dengan terus-terusan beribadah kepadaNYA..
semoga kita semua beroleh natijah yang terbaik pada ramadhan kali ini..
semoga juga kita istiqamah pada amalan-amalan yang telah kita lakukan di bulan ini..

Wallahua3lam..





1 ulasan:

  1. tinggal 2 kali berbuka. 1 kali sahur. tahun depan tak tahu panjang umur lagi ke tak...emm..

    BalasPadam