Sabtu, 27 Julai 2013

WARKAH BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT




wahai si pelaku maksiat...
janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..
sesungguhnya dirimu amat berharga..
biarkan seluruh mata memandangmu dengan hina..
pekakkan segala cacian dan makian keji terhadapmu..
sesungguhnya syurga dan neraka bukanlah diletakkan ditangan mereka..
namun terletaknya pada tuhan yang maha pengasih..
juga terletaknya pada yg maha pengampun..

wahai si hamba yang berasa mulia..
jangan kau merasa diri mu begitu suci..
tanpa sebarang aib yang ada pada mu..
ingatlah, bukanlah kerana dirimu tiada aib..
namun ALLAH lah tuhan yang menutup aib mu..
jnganlah kau membenci akan sipelaku maksiat..
namun cukuplah dengan membenci akan perbuatannya..
janganlah kamu membuatkan mereka berasa berputus asa dari rahmat allah..
kelak engkau akan dipersoal..
engkau bukan tuhan dan tidak layak menghina mereka..

wahai para daie..
bimbinglah dua golongan ini dengan hikmah..
jangan dihukum dan dicaci golongan pertama disebabkan maksiat..
sebaiknya rapati lah mereka..
dekatilah mereka..
mereka memerlukan seorang pembimbing..
yang boleh membawa mereka keluar dari gelumang dosa dan noda..
berikan mereka peluang..
jangan dikeji dosa yang lampau..

wahai para daie..
janganlah dibiarkan pula golongan kedua tanpa sebarang nasihat..
risau riak dan ujub terbit dari hati mereka..
sehingga mereka merasa diri mereka tidak layak ditegur dan dinasihati..
dekatilah,rapatilah..
ikatkanlah hati mereka dengan kesedaran..
bahawa kita adalah hamba..
yang hanya menumpang sementara hidup didunia..
dan masih ada yang berkuasa di atas sana..

wahai muslimin dan muslimat..
ingatlah..tugas menyampaikan agama ALLAH tidak memilih bulu..
darjat,pangkat dan juga harta..
semoga syurga tempat tujuan terakhir kita yang akan dipertempatkan..

"Katakanlah (wahai Muhammad): ""Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Az-Zumar - ayat 53

~muhasabah diri~

1 ulasan: