Ahad, 22 Mei 2011

pemimpin


Assalamualaikum wbt

apa khbar smua??harap chat2 sahaja dsisi org yg tersayang..:) lme dah BA xpost kt blog ni..bnyk sawang2 dah ni..huhuhu..

ok..artikel kali ni..sahaja BA kongsikan tentang perihal yg berlaku kt tmpt yg BA stdy ni..pada 4 june yg akn dtg..akan berlangsungnye pilihanraya di tempat BA ni iaitu..Mu'tah, Jordan..

pilihanraya ini diadakan untuk menentukan siapakah yg layak memegang jawatan di dalam organisasi Persatuan mahasiswa Mutah ...yg mna lbih dknali sbgi PERMATA..

kehgatan pilihanraya tersebut smkin terasa..kempen2 mula dilakukan di laman sosial Facebook, yg mna mempunyai blog..mka akn di kempen org yg dsokongnye di blog masing2...strategi2 pon mula di orak bg meraih undi..

suke juga rasenye BA nk memperkongsikan serba sdikit cerita atau pon nasihat2 kepada para pmbaca yg dikasihi sekaliann..:)


pemimpinlah yang mencorakkan sesebuah organisasi...

sesungguhnya,pemilihan seseorang pemimpin itu adalah sgt sukar..lbih sukar dari mencari kacang didalam peket kropok Al-Farees (antara kropok yg BA suke mkn kat cni..hihi) sesungguhnya...Islam telah menggariskan satu garis pnduan didalam memilih seseorang pemimpin..antara kriteria2 yg digariskan didalam Islam ialah.


  1. Berakidah yang bersih 
  2. Tahu batas halal dan haram 
  3. Mampu menegakkan selalu amar makruh dan nahi mungkar dalam setiap kesempatan. Sebab sebagai penguasa, di tangannya ada kekuatan. Bila tidak dimanfaatkannya untuk amar makruf nahi mungkar, maka dia harus bertanggung-jawab di akhirat.
  4. Siap menerima teguran / kritik bila dan dimana saja,
  5. Juga tidak mengedepankn anak buah bila menghadapi masalah, tetapi secara jantan berhadapan masalah yg datang..
  6. Cinta kepada ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan ilmu nya
  7. Bersikap adil kepada semua...bukan sahaja terhadap penyokong / pengundinya sahaja..malahan kepada smua yg berada didalam ruang lingkup pemerintahannya..
  8. Bersikap tegas.
  9. Memanfaatkan jabatannya ini untuk ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukan untuk nama..
  10. bersedia menerima idea2 yg dilontarkan oleh ahli ataupon org yg dibawah kekuasaannya


ini adalah diantara kriteria2 yg perlu para pengundi ambil kira ketika hendak memilih seseorg pemimpin..bukan di atas dasr kesenangan diri sendri...

adapon selepas itu..kita hndaklah mnerima siapa sahaja yg menang ataupon yg terpilih slepas pilihanraya tersebut..kerana..ia adalah pilihan dri suara ramai..:) dan bgilah skongn sepenuhnya selagi dia tidak melanggar hukum syarak..

last skali..mari kita lihat ayt di bawah ini dan renungkan...

maksud ayat dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68berikut ;"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "Dalam ayat ini Allah menjelaskan tentang balasan yang diterima oleh golongan manusia yang salah pilih

semoga apa yg dikongsikan pada post BA kali ini dapat memberikan manfaat kpada para pembaca




Selamat mengundi kepada mahasiswa Malaysia di Mu'tah, Jordan..

wallahua'lam

Assalamualaikum wbt.

2 ulasan: